Tentang Aku

Aku hanyalah seorang manusia biasa yang masih diuji di muka bumi Tuhan ini sebelum ajalku tiba. Ku kuatkan diriku untuk terus bernafas dan mencari keredhaan dari-Nya. Terkadang aku jatuh. Terkadang aku ingin mengalah. Tapi aku masih juga terus menapak.

Aku sukakan hutan belantara, suara unggas, dan bunyi air sungai yang tenang mengalir. Aku cintakan pemandangan di pesisiran pantai dengan liuk lentok pohon nyior yang diulek bayu.

Aku seorang yang kompleks. Otakku jarang mahu senyap. Kadangkala ia mendatangkan bebanan, kadangkala ia mendatangkan inspirasi.

Sekadar ingin berkongsi pengalaman hidupku dan perkara yang hadir di kepalaku.

Maafkan kekuranganku, sesungguhnya aku hanyalah manusia biasa.