Aku dilahirkan dalam sebuah keluarga yang biasa-biasa sahaja. Didikan agama juga biasa-biasa sahaja. Boleh juga dikatakan didikan agama tidak begitu ditekankan dalam keluargaku. Hanya ayahku sahaja yang kerap solat sepanjang aku membesar, itu pun disertai oleh upacara yang pelik-pelik, seperti membakar kemenyan di tikar sejadah, membakar setanggi di seluruh rumah di waktu maghrib, dan banyak lagi. Ayahku juga menyimpan pelbagai tangkal yang disampul dengan kain kuning…