Kemudian aku ke jambatan itu lagi. Aku tinggalkan kereta di tepi, aku panjat penghadang jambatan. Kemudian aku duduk sambil melihat hijau biru air sungai yang mengalir dengan tenang. Aku terkejut kerana kali ini aku tidak rasa gayat. Aku cuma rasa lega. Suatu kelegaan yang amat berbeza. Matahari mula naik, namun aku tak terasa panasnya…
