Cerita HidupkuTerima Kasih Pemuda Bertopi Kelabu, Axia Putih

Terima Kasih Pemuda Bertopi Kelabu, Axia Putih

Tanggal 6 hb 12, 2023. Musim tengkujuh masih berlarutan. Hujan turun hampir setiap hari. Pagi-pagi aku sudah bangkit dari katil, risau memikirkan temu janji ku di hospital pada petang nanti. Semenjak bertukar kepada ubat baru, kegelisahanku semakin memuncak, jantung kerap berdegup laju, langit seperti ingin runtuh di atas kepalaku. Aku memikirkan mampukah aku memandu sendiri ke hospital petang nanti dengan keadaan kesihatanku yang tidak begitu stabil. Perjalanan mengambil…

Cerita HidupkuKetika Aku Hampir Berputus Asa…(Pada Tuhan)

Ketika Aku Hampir Berputus Asa…(Pada Tuhan)

Aku dilahirkan dalam sebuah keluarga yang biasa-biasa sahaja. Didikan agama juga biasa-biasa sahaja. Boleh juga dikatakan didikan agama tidak begitu ditekankan dalam keluargaku. Hanya ayahku sahaja yang kerap solat sepanjang aku membesar, itu pun disertai oleh upacara yang pelik-pelik, seperti membakar kemenyan di tikar sejadah, membakar setanggi di seluruh rumah di waktu maghrib, dan banyak lagi. Ayahku juga menyimpan pelbagai tangkal yang disampul dengan kain kuning…

Cerita HidupkuMimpi Laila di Wad Psikiatri Forensik: Bahagian 2

Mimpi Laila di Wad Psikiatri Forensik: Bahagian 2

Aku dibawa ke suatu ruang menunggu di belakang mahkamah. Di hadapan ruang menunggu itu terdapat bilik yang berjeriji besi. Inilah lokap mahkamah, hatiku mengagak. Ku lihat beberapa orang lelaki berpakaian lokap berwarna ungu dan oren dan juga bergari sedang duduk di dalamnya. Gari yang merantai tangan mereka itu bersambung-sambung antara satu sama lain. Aku tunduk dan membelek-belek gari yang merantai tanganku sendiri. Tertera lambang Polis Diraja Malaysia…

Cerita HidupkuMimpi Laila di Wad Psikiatri Forensik: Bahagian 1

Mimpi Laila di Wad Psikiatri Forensik: Bahagian 1

Ketika rakyat Malaysia berkobar-kobar menyanyikan lagu-lagu patriotik negara, bait-bait senikata lagu “Layang-layang Terputus Talinya” dendangan kumpulan Alleycats pula yang meniti bibirku, seakan ia antem peribadi kemerdekaanku. Itulah lagu yang kadangkala meniti bibirku ketika aku berbaring menatap kipas yang berpusing di siling ketika keseorangan terkurung di dalam bilik di hospital psikiatri. Semuanya bermula pada tanggal 19 haribulan Jun tahun yang sama…

Cerita HidupkuPengalaman di Wad Psikiatri: Kisah 1: “Saya sudah mandi belum, kakak?”

Pengalaman di Wad Psikiatri: Kisah 1: “Saya sudah mandi belum, kakak?”

Keesokan harinya, aku duduk di ceruk yang sama. Pesakit itu juga duduk tidak jauh dariku. Kali ini dia tidak menghentakkan kaki, tetapi mengira sesuatu dengan jari. Selang beberapa minit, dia bangun daripada kerusi dan mencium permukaan meja untuk beberapa saat. Kelakuan ini diulanginya tanpa henti. Beberapa kali dia mengerling ke arahku. Kali ini aku melontarkan senyuman kepadanya. Seperti tidak percaya, dia menoleh lagi ke arahku seakan ingin memastikan apa yang dilihat…

Cerita HidupkuCerita Dari Sebalik Zaman Kanak-Kanak

Cerita Dari Sebalik Zaman Kanak-Kanak

Lantai rumah kami bukan simen atau kayu. Tanah merah ialah lantai rumah tempat kami berpijak sehinggalah aku bersekolah rendah. Bumbung rumah kami sentiasa bocor. Ayah lapiskan dengan tikar getah, tapi selalunya bocor lagi dan lagi. Bila hujan turun, baldi bersusun di dalam rumah menadah air hujan. Bila ayah ada sedikit wang, barulah dilapiskan dengan zink baru…

Cerita HidupkuCerita Dari Hospital Sakit Jiwa

Cerita Dari Hospital Sakit Jiwa

Aku adalah pesakit jiwa. Orang sekarang panggil pesakit mental. Ada orang panggil orang gila. Aku telah menerima rawatan psikiatri selama 17 tahun bermula dari awal usia 20an. Sepanjang 17 tahun, sudah beberapa kali aku dimasukkan ke wad hospital yang berbeza-beza. Tapi aku ingin menceritakan waktu aku dimasukkan ke wad hospital sakit jiwa ini baru-baru ini…