Wad psikiatri forensik, di Malaysia, ialah wad yang menempatkan pesakit-pesakit mental yang sedang menghadapi pertuduhan jenayah. Forensik di sini secara mudahnya bermaksud berkaitan dengan undang-undang. Oleh itu, wad psikiatri forensik adalah tempat pesakit-pesakit psikiatri yang mempunyai pertuduhan undang-undang yang memerlukan pantauan mental 24 jam sehari.
Gelisah Tak Boleh Duduk Diam Kerana Ubat Psikiatri Aripiprazole?
Beberapa minggu yang lalu, aku diberikan ubat baru. Aripiprazole nama ubat itu. Juga dipasarkan dengan jenama Abilify. Ubat yang aku dapat membawa nama “Arian”, ubat generik Aripiprazole. Ubat ini diberikan kepadaku sebagai ubat tambahan kepada ubat yang sememangnya ku ambil setiap hari. Fasa percubaan, sama ada sesuai atau tidak denganku…
Kaukah Yang Bertanya Itu?
Puisi bertajuk Kaukah Yang Bertanya Itu menggambarkan perasaan penulis yang merasa seperti dihakimi oleh yang bukan hakim ketika menempuh ujian kehidupan, cuba memberikan dorongan kepada yang sama mengerti sukarnya perjalanan itu. – Pernahkah kau merasa. Seperti dunia ini bukan tempatmu. Berat bahumu tidak tertanggung. Berat hatimu tidak terungkap…
Puisi Pagi Raya
Puisi ini ditulis olehku di pagi raya ke-5, pada hari sambutan Aidilfitri tahun 2024. Tiada kaitan dengan raya. Nak olah kepada bahasa kebangsaan macam tak berapa kena, jadi biar aje dalam bahasa penjajah. Selamat hari raya. Maaf zahir dan batin…
Akur
Puisi hati bertajuk ‘Akur’ – Hari berlalu perlahan-perlahan, malam merangkak teramat perlahan. Setahun berlalu dengan sekelip mata. Jangan kau risau, semuanya akan kembali pulih. Keringkan air matamu, orakkan senyummu. Ini adalah permulaan kepada sebuah…
Terima Kasih Pemuda Bertopi Kelabu, Axia Putih
Tanggal 6 hb 12, 2023. Musim tengkujuh masih berlarutan. Hujan turun hampir setiap hari. Pagi-pagi aku sudah bangkit dari katil, risau memikirkan temu janji ku di hospital pada petang nanti. Semenjak bertukar kepada ubat baru, kegelisahanku semakin memuncak, jantung kerap berdegup laju, langit seperti ingin runtuh di atas kepalaku. Aku memikirkan mampukah aku memandu sendiri ke hospital petang nanti dengan keadaan kesihatanku yang tidak begitu stabil. Perjalanan mengambil…
Kejamkah Dunia
Puisi pendek bertajuk ‘Kejamkah Dunia’ yang menggambarkan kekecewaan penulis yang kerap merasa bersendirian ketika memerlukan sokongan – Kejamkah dunia ini. Bila menghulur tangan tidak disambut. Kejamkah dunia ini. Bila rebah tidak dipapah. Atau kejamkah diri ini. Mengharap bulan dan bintang pada yang tak sudi…
Terbang Burung
Puisi pendek bertajuk ‘Terbang Burung’, membayangkan kelesuan dan kepayahan penulis untuk bangkit mengubah realiti. Nukilan ringkas Diari Melankolia – Aku tak faham pada burung. Mereka boleh terbang ke mana saja. Tapi mereka memilih untuk bertenggek di tengah kebasahan hujan. Mungkin mereka juga seperti aku…
Kau Tak Faham
Puisi hati bertajuk ‘Kau Tak Faham’, berkisarkan kemelut dan pergolakan dalam diri penulis menghadapi kemurungan atau depresi – Kau tak faham. Kau tak faham kenapa aku membungkam tak bertenaga sehari-hari. Kau tak nampak. Kau tak nampak mendung hitam gelap yang menenggelamkan akalku. Kau tak sedar. Kau tak sedar aku memanggil-manggil dengan suara yang tidak terkeluar…
Ketika Aku Hampir Berputus Asa…(Pada Tuhan)
Aku dilahirkan dalam sebuah keluarga yang biasa-biasa sahaja. Didikan agama juga biasa-biasa sahaja. Boleh juga dikatakan didikan agama tidak begitu ditekankan dalam keluargaku. Hanya ayahku sahaja yang kerap solat sepanjang aku membesar, itu pun disertai oleh upacara yang pelik-pelik, seperti membakar kemenyan di tikar sejadah, membakar setanggi di seluruh rumah di waktu maghrib, dan banyak lagi. Ayahku juga menyimpan pelbagai tangkal yang disampul dengan kain kuning…